TERIMA KASIH KEPADA PUAN MANJER ARISSA YANG SUDAH PERCAYA PADA DICKY......INSHAA ALLAH DICKY AKAN SELALU MENJAGA AMANAH DAN SERVICE YANG MENGUTAMAKAN KESELESAAN TETAMU
SUPIR BANDUNG KURANG AJAR-KAMI DITINGGALKAN TEPI JALAN
0/5/2016 edit 17/5/2016 : Assalammualakikum dan salam sejahtera..saya nak share sikit pengalaman saya dan keluarga DITINGGALKAN DITEPI JALAN oleh SUPIR (driver cum tour guide) semasa ke bandung 3-7Mei2016.. Agak panjang tp sgt berguna sbb org Malaysia suka ke bandung.. SIAPA NAK KE BANDUNG, WAJIB BACA!!! jd harap2 tak ada yang terkena mcm saya dan keluarga (kami semua enam org termasuk, parents, adik, suami & anak saya umur 2tahun).. ini semua akibat nak jimat.. sebelum pergi semua saya booking sendiri..hotel booking kat agoda (murah).. supir booking sendiri cari kat blog2..booking supir melalui whatsapp.. kami pergi semua dewasa 5 org so total utk seorg dalam RM250-280 untuk 5H 4M - 3 malam di Bandung, 1 malam di Jakarta (tidak termasuk tiket flight).. flight pergi dr KLIA2-Jakarta.. flight balik pula dr Jakarta-KLIA2.. klu ambil agen (hotel+supir) RM400 seorang..so total yg sy jimat RM600-RM750.. sebenarnya dengan agen boleh dpt RM350 seorang tp sebab kami berlima, agen cas RM400 sbb agen nak minimum 6orang dewasa..
Saya tempah supir ni 2-3minggu sebelum kesana atas nama AHMAD ALIFA (+6285294466131 & +6282295199922)..Tiba saja di airport Jakarta 3/5/2016 disambut oleh supir namanya wawan (ALIFA dah whatsapp saya nama supir ni sblm kami naik flight). Sampai2 je kat Jakarta, wawan sambut kami depan pintu airport..Bila di tanya pd wawan pasal ALIFA, katanya ALIFA tu boss.. so xpelah kami ok je.. Dari Jakarta terus ke bandung..ambil flight ke Jakarta sbb flight ke Bandung tidak banyak dan harga mahal masa tarikh saya beli tiket..bagus wawan ni..baik dan lemah lembut orangnya..berbudi bahasa..temankan kami shopping sehingga lewat malam dan dia banyak tau jalan tikus nak elak jem di Bandung..
Hari ke-2 saya whatsapp wawan tanya siapa yg ambil kami so dia bg. no TONI (+6285861378328) sbb wawan kata bukan dia yg bawa kami hari ni.. sy whatsapp TONI langsung tak jawab..call pun xjawab.. so tunggu la kat hotel sampai jam8.10pg baru muncul supir namanya ANTIS..supir ini pun baik tetapi suka melengah-lengahkan masa sehinggakan kami hanya dapat melawat dua tempat sahaja dalam sehari (ada jalan shortcut tp sengaja nak lalu jalan jem..sampaikan sy buka waze pun dia xnak ikut)..Memang sakit hati la..padahal hari bekerja dan bukan hari weekend pun..sertahu saya TONI tu boss kepada ANTIS..so kesimpulan yg saya buat, bila AHMAD ALIFA tak cukup supir, dia akan serahkan pada TONI dan TONI akan hantar budak dia utk jd supir kita.. (saya pun tak tahu lah sape boss..TONI atau ALIFA sbb yang deal dgn saya ALIFA tp wawan kata TONI tu boss kepada ANTIS..
Masuk hari ke-3 kami diberi supir yang sangat bagus (Dicky) ..dari pg jam 7.30pg dibawa jalan sehingga lewat malam jam 10.00mlm dan kami dapat pergi lebih daripada 5tempat (termasuk tempat shopping)..saya siap bagi tips lebih sbb sangat2 puas hati..sy bg 5 bintang kat dicky.. puas hati dgn dicky ni..dia byk rekemen tempat murah2 utk shopping dan bawa jalan laluan tak jem sedangkan hari yang dia bawa kami tu merupakan HARI LIBUR (public holiday)..
Masuk hari ke-4 sepatutnya dicky yang membawa kami ke Jakarta (sy dah whatsapp dan deal dgn ALIFA malam tu) tetapi bila tiba harinya diberi supir yang lain pula.. supir ni namanya PAK ASEP..sangat kurang ajar dan tidak hormat kita sebagai tetamu.. supir yang lain2 semua akan tunggu kami semua habis naik kereta baru dia naik (siap tutupkan pintu kereta) ..tp Pak Asep ni dia tunggu je kat tempat duduk driver (betul2 mcm naik teksi) ..Masuk2 kereta je ayah sy dah kena marah.. disuruhnya pakai seat belt.bukan ayah saya xnk pakai tp baru je letak bontot dah dimarahnya..cakap elok2 kan boleh..xpayah nak tengking2..then kami terus ke trans studio. Sebaik sahaja nk keluar dari trans studio, Pak Asep tu tanya kami mcm mana nak keluar dari situ.. patut ke xpatut? Dia supir atau kami supir? Berpusing2 la kami carikan jalan nk keluar parking.. selepas tu dia tanya nak ke mana.. sy kata nak ke RUMAH MODE..supir tu boleh tanya balik saya “rumah mode tu di jalan mana?”(dengan nada tinggi)..mula la sy naik hangin..tp control lg..sy just jwb “sy bukan tau jalan di sini”.. lalu dia call kawan dia (supir yang bawa kami semalam).. habis je call, saya ckp xmau ke rumah mode (sbb nak jimat masa sbb kami akan ke Jakarta) lalu saya minta dia bawa kami ke kartika sari..dah dia marah saya pulak “kartika sari yang mana?!! Sini banyak!!” sambil tengking saya dan keluarga..saya diam je xjawab.. saya ni mana la tau..dia sebagai supir sepatutnya tau mana yg bagus dan mana lebih mudah..muka ayah saya dah mula berubah..ada yang gaduh ni kang.. pastu dia tnya “Jakarta tu dimana ya?”.. saya jawab lah “eh..saya mana la tau Jakarta tu kat mana”.. terus dia marah “hotelnya dimana?!!!” (kali ni suara dia memang tinggi dan tengking saya satu family).. terus saya jawab nama hotel.. ingatkan habis dah dia marah..tup2 dia marah lagi “Jakarta itu besar!! Ada Jakarta timur, Jakarta barat!!”…ha!! kali ni ayah sy hilang sabar terus tempik dia “kau supir atau kita supir?..kita org luar..bukan tau jalan Jakarta atau jalan disini!!”.. terus supir tu tengking “udah2! turun aja disini”.. maka kami bersetuju utk turun dalam keadaan marah...maka kami DITINGGALKAN DITEPI JALAN DI BANDUNG..masa tu xpayah cakap la..sambil turunkan beg2 dari kereta, suami saya,adik saya,saya dgn ayah dah mula maki habis2 supir tu..mak saya dah nangis teresak-esak..bayangkan saya dgn anak umur 2tahun dgn mak ayah diletakkan tepi jalan.. nasib baik ada ANGKUT (pengangkutan seperti bus tp van)..mak saya minta tolong dgn angkut tu utk hantar kami balik ke hotel..waktu tu ade 2org pelanggan dlm angkut tu..baiknya hati 2org tu sanggup turun dan bagi kami satu family naik..jd kami naik angkut balik semula ke hotel dan saya terus hubungi supir yang semalamnya (Dicky).. lalu Dicky datang dan call pejabat dia utk hantar supir yang lain..dicky xdpt hantar sbb kereta dia ada supir lain yang sewa.. niat hati nak report polis tp sbb kami xnak buang masa, kami teruskan perjalanan dgn supir yang baru diganti..
Apa yang mengecawakan saya, pihak management langsung tak mohon maaf kat saya dan keluarga.. saya call xjwb, sy whatsapp pun xreply sedangkan dia baca whatsapp sy.. sedangkan sebelum2 tu elok je whatsapp saya.. hanya Dicky yang asik ulang mohon maaf.... ni nama boss dia AHMAD ALIFA (dpt drpd blog).. dr mula sy deal 3minggu sebelum pergi adalah dengan AHMAD ALIFA (+6285294466131 & +6282295199922) ..dr mula sampailah saya sampai jakarta memang dengan ALIFA..setiap malam saya whatsapp sepanjang di Bandung pun dgn ALIFA untuk confirmkan supir yang jemput kami..tp bila tiba je kejadian ni berlaku, ALIFA sedikit pun tak whatsapp atau call saya..
17/5/2016 : Lepas balik ke Malaysia sy mula buka facebook dan siasat.. maka hasilnya sy dapati syarikat yg diketuai oleh ALIFA dan TONI ni sebenarnya ada menyediakan pakej utk supir+hotel.. saya dapati kebykkan yg booking pakej supir+hotel dgn dia tidak alami masalah mcm saya.. ternyata siapa sahaja yang booking SUPIR semata-mata dengan mereka ni, akan di anak tirikan..supir yg diberi pun main tangkap muat je la..nasib la klu dpt yg ok, ok lah..klu dpt yg xok, jd la mcm saya..dorang lebih menjaga customer yang ambil pakej dengan dia.. benda ni tak sepatutnya jadi.. xkisah la saya ambil pakej atau tidak dgn dia tp dia kena la jaga customer dia.. at least minta maaf..tp sehingga hari ni 17/5/2016, masih tiada sebarang permohonan maaf daripada ALIFA.. yang ada pun DICKY sahaja yg mohon maaf.. dan apa yg lebih menariknya?? saya dapati semua customer yg mereka bawa termasuk yang ambil pakej dgn dia, dia akan bawa kita shopping kat satu kedai kain yg mahal.. saya pun terkena sbb masa hari ke-2 tu ANTIS bawa saya dan family shopping kat kedai kain tu masa otw ke tangkuban parahu (kedai kain ni otw ke tangkuban) orang kata shopping je kat PASAR BARU sbb murah tp sbb tauke tu kata sama je harga sbb kononya PASAR BARU pun ambil stok dgn dia (PENIPU).. mcm mana saya tau mahal? sbb bila hari ke-3 DICKY bawa kami ke kedai kain yang lebih murah (di sebuah rumah..meniaga di rumah tp dah mcm kedai kain dah dalam umah dia..rambang mata woiii sbb murah2 gilew).. beza harga sangat2 banyak.. tp sbb kami dah shopping pada hari ke-2 tu maka kami pun xbeli la masa kat rumah kain yg murah tu..cth yg beza : mak saya beli telekung+beg telekung+sejadah (warna+sulaman sebiji sama) kat kedai kain mahal tu harganya RM155.00 manakala harga kat rumah kain murah tu RM117.80 menjadikan beza RM37.20.. kain sulam pula beza dua kedai ni dekat RM30 sepasang..so korang kira la klu yang kaki shopping.. berapa korang rugi?..hahaha.. padan muka sbb aku pun terkena beb..sapa nak tau detail, nanti pm aku yew..
saya nasihatkan semua yang nak cari supir sahaja, agar ambil supir yang ada nama seperti HAYUKKA.. walaupun mahal, sgt puas hati..dari hari pertama sampai balik kita dgn supir yg sama dan layanan sgt tip top(pengalaman rakan2 lain)..sy menyesal betul deal dgn AHMAD ALIFA dan TONI.. sbb setiap hari kita bertukar supir..
kalau nk supir yang murah atau nak deal personal, boleh la call Dicky (+628156012070) ..saya jamin puas hati..tak perlu la nk contact boss dia (TONI atau ALIFA) sbb supir ditukar2 setiap hari..dan request kat dicky nak guna khidmat dia sahaja..jgn tukar org lain..klu tak boleh, tak payah deal..
Sekian, selamat bercuti dan berhati-hati kepada semua..
1st publish: 10/5/2016..edit date : 17/5/2016
Tidak ada komentar:
Posting Komentar